Penulis

Lihat semua
Cindy Hess Kasper

Cindy Hess Kasper

Cindy Hess Kasper telah melayani di Our Daily Bread Ministries lebih daripada 30 tahun, dan dia bertugas sebagai editor bersekutu untuk Our Daily Journey. Sebagai seorang penulis yang berpengalaman, dia telah menulis artikel-artikel renungan remaja lebih daripada 10 tahun. Cindy ialah anak perempuan editor senior kami, Clair Hess, yang mengajarnya mencintai seni nyanyian dan penulisan. Cindy dan suaminya, Tom, mempunyai tiga orang anak dewasa dan tujuh orang cucu, yang sangat menggembirakan mereka.

Artikel oleh Cindy Hess Kasper

Kegembiraan yang Diberikan Tuhan 

Apabila Marcia berada di khalayak ramai, dia sentiasa cuba mengukir senyuman kepada orang lain. Itulah cara dia berinteraksi dengan orang yang mungkin perlu melihat riak wajah yang ramah. Selalunya, dia dibalas dengan senyuman yang ikhlas. Namun, pada suatu masa ketika Marcia diwajibkan untuk memakai pelitup muka, dia menyedari bahawa orang lain tidak akan dapat melihat mulutnya lagi, jadi tidak ada sesiapa dapat melihat senyumannya. Alangkah sedihnya, dia berfikir, tetapi saya tidak akan berhenti. Mungkin mereka akan melihat senyuman saya melalui mata saya.

Ada Rancangan?

Caden, seorang pemuda yang berusia hampir 18 tahun, sudah menjangka bahawa dia akan dapat memasuki universiti pilihan utamanya melalui biasiswa akademik. Dia telah melibatkan diri dalam pelayanan di sekolah tingginya dan berharap untuk menyertai pelayanan yang sama dalam persekitaran yang baru. Dia menyimpan wang hasil pekerjaan sambilannya dan menjadi teladan cemerlang dalam pekerjaan barunya. Dia menetapkan beberapa sasaran hebat dan semuanya berjalan tepat mengikut jadual.

Tempat “Suci” 

Pada 28 Januari 1986, Challenger, iaitu bolak-balik angkasa lepas Amerika Syarikat telah meletup 73 saat sejurus berlepas. Pada masa itu, Presiden Reagan menyampaikan ucapan takziah bagi menghiburkan hati rakyat dengan memetik ungkapan daripada puisi “High Flight” (Terbang Mengawang) yang ditulis oleh John Gillespie Magee, seorang juruterbang Perang Dunia Kedua. Dalam puisi ini, Magee menyebut “kesucian ruang angkasa yang tidak dapat dicerobohi” dan dia seolah-olah dapat menghulurkan tangan dan menyentuh “wajah Tuhan.”

Teguran Penuh Kasih 

Selama lebih daripada 50 tahun, ayah saya berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam penyuntingannya. Keghairahannya bukan setakat mencari kesalahan, tetapi juga menjadikan teksnya lebih baik dari segi kejelasan, logik, kelancaran, dan tatabahasa. Ayah menggunakan pen hijau untuk membuat pembetulan, dan bukannya pen merah. Pen hijau dirasakannya lebih “ramah”, sementara garis-garis merah mungkin kelihatan tidak menyenangkan kepada penulis yang baru atau yang kurang yakin. Objektifnya adalah dengan lembut menunjukkan cara yang lebih baik.

PELABURAN YANG BERIMAN

Semasa sambutan Krismas yang ke-12, budak lelaki itu menunggu dengan kesungguhan untuk membuka hadiahnya yang terletak di bawah pokok Krismas. Dia menginginkan sebuah basikal baru, namun harapannya hancur—hadiah terakhir yang diterimanya ialah sebuah kamus. Pada muka surat yang pertama tertulisnya: “Kepada Charles. Daripada Ibu dan Ayah yang penuh kasih, 1958. Semoga anda bertambah maju dalam pelajaran.”

Ikan Kecil

Selama beberapa tahun, sepasang suami isteri Britain yang tinggal di Afrika Barat menjalinkan persahabatan yang erat dengan seorang lelaki di kota mereka. Pasangan ini selalu berkongsi tentang kasih Yesus dan kisah keselamatan kepadanya. Akan tetapi lelaki itu tidak mahu melepaskan agamanya dan memeluk agama lain walaupun dia menyedari bahawa kepercayaan kepada Kristus adalah “kebenaran yang lebih besar.” Sebahagian kekhuatirannya adalah soal kewangan kerana dia merupakan pemimpin agamanya dan mendapat ganjaran daripadanya. Dia juga takut reputasinya akan terjejas di kalangan komunitinya.

Kasih Tanpa Henti

Heidi dan Jeff pulang ke rumah selepas menamatkan kerja di luar negara yang beriklim panas dan tinggal dekat dengan keluarga di negeri Michigan selama beberapa bulan—tepat pada musim sejuk. Antara 10 anak mereka, ramai yang melihat keindahan semula jadi salji buat kali pertama.

Manusia itu Pelupa

Seorang wanita bersungut kepada pastornya bahawa terdapat banyak pengulangan dalam khutbahnya. “Mengapakah pastor berbuat demikian?” tanyanya. Pastor itu menjawab, “Manusia akan lupa.”

Kuat dan Berani

Pada waktu Caleb masih kecil, apabila dia melelapkan mata setiap malam, dia berasa seakan-akan kegelapan menenggelaminya. Kesunyian di biliknya kerap terganggu oleh bunyi berderit dari rumah kayunya di Costa Rica. Kemudian kelawar di loteng menjadi lebih aktif. Ibunya perlu meletakkan lampu malam di biliknya, tetapi anak kecil itu masih takut kegelapan. Pada suatu malam, ayah Caleb menampalkan ayat Alkitab pada rangka katilnya. Ia tertulis: “Yakin dan berani! Jangan takut … kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau” (Yosua 1:9). Caleb mula membaca ayat Alkitab itu setiap malam—dan ayat Alkitab itu tetap di rangka katilnya sehingga dia pergi ke universiti.